Friday, September 4, 2009

sekadar buat renungan pembaca blog ;)

Sayang.. Ramainya orang yang ingin ku sayangi dalam dunia nie... kalau aku mampu memang aku nak sayang semua orang yang menyayangi aku.. sebab menghargai kasih sayang orang lebih mudah dari hanya memberi kasih sayang yang susah nak dipertahankan..."sayangilah orang yg ikhlas menyayangi kita.. jangan engkau sayang orang yang kamu ingin sayangi"

Cinta.. Satu ayat keramat yang akan di ucap oleh semua orang. Cinta bagi aku hanyalah satu.. hadir tanpa dipaksa.. datang dari naluri turun ke hati.. membuatkan hidup kita resah.. gelisah di saat dia mula hadir dalam diri. Hati melonjak-lonjak gembira..riang... gundah gulana... bila sudah bertemu orang yang dicinta. Cinta tidak wujud dalam bentuk wajah..material....kerana ia selalunya buta... Hanya hati dapat menilai sejauh mana sejatinya nilai suatu cinta tu...mungkin kita boleh menyayangi seribu orang yang ingin kita sayang.. tapi kita tak mungkin akan mencintai seribu orang yang ingin kita cintai.. kerana CINTA itu satu bukan seribu!
Kawan.. Ramai juga yang ingin berkawan dengan aku.. tapi tak semua kawan boleh menjadi kawan aku... bukan bermaksud aku memilih kawan. Tapi tanya diri kamu sendiri... adakah setiap manusia di dunia ini sesuai dengan cara kamu?.. gaya hidup kamu? atau kepercayaan kamu? bukankah lebih menyakitkan bila hubungan yang dibina dengan nama persahabatan akhirnya akan terputus di tengah jalan hanya di sebabkan tak serasi dalam berkawan. Mungkin aku boleh mengenali ramai orang.. tapi untuk berkawan dengan semua orang.. adalah sesuatu yang mustahil... kerana aku bukan manusia yang dijadikan sesempurna Nabi atau Rasul.. yang Maksum terhindar dari segala kecacatan... dan lebih baik aku berdiam diri daripada akan menyusahkan atau menyakitkan hati orang yang bernama kawan aku kemudian hari...kawan masa kita riang memang meyeronokan.. kawan masa kita sedih...ramai ke yang nak menagis bersama kita?Penilaian seseorang kawan sejati bukan bergantung dengan sebanyak mana budinya dengan kita.. tetapi sejauh mana dia sanggup berkorban untuk kita.

No comments:

Post a Comment